1.2

Wednesday 23 May 2012

Mutiara Kata DotDot

Assalamualaikum uoollss..hee. Arini Farah nak kongsi sedikit beberapa Mutiara Kata DotDot.

1. Gunakanlah akal seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

2. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingat lah untuk menghadapi esok yang akan datang.

3. Semiskin-miskin orang adalah orang yang tidak mempunyai adab dan pekerti.

4. Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perkara baik wlaupun hanya sekadar senyuman.

5. Sekali anda terjatuh, jangan biarkan ia jatuh berkali-kali.



6. Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur dan setiap mata yang terbuka bukan beerti ia melihat.

7. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat mengusai diri nya sendiri.

8. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi akan manis pada akhirnya.

9. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang yang akan diperolehi juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

10. Jangan lihat pada apa yang telah kamu usahakan, sebaliknya lihat lah pada apa yang belum kamu selesaikan.

11. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih pada sabun. Dimana pada bila-bila masa ia akan pecah.

12. Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.

13. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentang nya.

14. Tanpa permulaan anda tidak akan sampai ke mana-mana.

15. Semakin jauh kita lari dari menyelesaikan masalah,semakin dekat ianya datang menghampiri kita.

16. Tingkahlaku diibarat cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.

17. Jangan malu dengan memberi sedikit,kerana pemberian sedemikian adalah lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

18. Dalam masa yang aman,kita harus juga memikirkan bahaya pada masa akan datang.

19. Tiada bantal yang lembut melainkan ribaan ibu sendiri.

20. Melakukan kesilapan itu adalah manusia dan memaafkan kesilapan itu adalah kemanusiaan.


Success Yeah.! Hekhok...:D

Thanx uoollss.
d(^.^d)



Anda Suke Anda LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Hye...uoollss boleh tinggalkan komen kat sini..:D

Note: only a member of this blog may post a comment.