1.2

Tuesday 22 May 2012

Drama Adam & Hawa

     Hye uoollss..ad dengar2 pasal drama Adam & Hawa x.dah taw.??hee..xtaw lah Farah ni yang cepat or lambat kan..hee. Ni ade sedikit info tentang drama Adam & Hawa taw.

      Nampaknya segala teka teki untuk pelakon Adam dan Hawa telah terjawab. Nampaknya memang betul Aaron Aziz membawakan watak Adam Mukhriz yang kacaksss tu dan sangat tak sangka Nadiya Nissa akan jadi Ain Hawani. Ramai yang menyangke watak akan dipegang oleh Fazura, Neelofa, Rita Rudaini, Fauziah Gaus, Tiz Zaqyah ataupun siapa-siapa lah kan. Last2 Nadiya Nissa ni yang jadi Ain Hawani. Tapi xape lah kan. Dia pon berbakat jugak pew berlakon.


     Drama ini adalah arahan en Feroz Kader. Farah suka tengok Nadiya Nisaa ni berlakon. Sejak tengok cerita Cun(menang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik utk FFM kan), Ombak Rindu dan model dalam video klip Bisakah Siti Nurhaliza rasa memang Nadiya sangat natural. Student ASWARA tak silap(ok memandai lagi). Tengok update status FB pun Nadiya tengah baca novel Adam dan Hawa. Hope sangat Nadiya dapat bawa watak ni sebaik mungkin. Ain Hawani digambarkan sebagai seorang yang tegas dan sweet romantik. Sedang bayangkan Nadiya ni berlakon romantik dengan Aaron Aziz. Oppss..Farah plak yang berangan2 nieh.adehh..heee
   Drama Adam dan Hawa ini diterbitkan oleh Global Station(banyak betul drama yang diterbitkan oleh mereka sekarang). dan bakal berepisod sebanyak 80 episod.erkk.. Da macam sinetron la pulak.hehe. Tapi memang kami akan expect tinggi sebab mungkin peminat nak drama ni ditayangkan secara detail dari novelnya. Tahniah kak Aisya Sofea. Scene dalam drama ni pulak banyak dibuat di India, Mekah dan Australia. Mekah sebab pertemuan kembali Am dan Ain lepas 8 tahun berpisah. Australia pulak sebab Ain study kat sana dan Am terjumpa Ain kat sana lepas dorang kahwin. India tak ingat pulak ada ke tak scene kat India dalam novel. Drama ni bakal ditayangkan di Astro. Aisemen.umah Farah xade Astro cmne nk tengok.hee. Tarikh tayangan tak tau lagi sebab dorang ni baru nak start shooting Februari ni lah uoollsss.
     Kalau nak tahu update drama Adam dan Hawa, bolehla like FanpageFB Adam dan Hawa. Farah harap cerita ni bakal jadi fenomena macam Nur Kasih. hehe..

Sedikit sinopsis Drama Adam dan Hawa.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi..

  • Farah ade taw novel Adam dan Hawa nie. Memang best sangat10. Bace banyak kali pon xape..heee
  • Farah sedang berangan2 nak pegang watak Ain Hawani leh x. Tapi sape ye nak jadi Adam Mukhriz nye.. heeee.. 


Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz

Nadiya Nissa sebagai Ain Hawani

Ni lah novel Farah.! Novel yang Farah bace..hekhok..:D



Thanx uoollss
d(^.^d)


Anda Suke Anda LIKE :)

0 comments:

Post a Comment

Hye...uoollss boleh tinggalkan komen kat sini..:D

Note: only a member of this blog may post a comment.